SEJARAH SEKOLAH TUNKU AMPUAN DURAH

 

Pengenalan

Sejarah Penubuhan

Sejarah Perkembangan

Pentadbiran

PIBG

Akademik

Ko-Kurikulum

Koperasi

Tokoh STAD

Penutup

 

 

 

 

 

 

 

PENGENALAN

Berdasarkan kepada keadaan politik dan sosio-budaya semasa, maka menjadi satu keperluan agar sekolah menengah aliran melayu sepenuhnya diwujudkan.

Penyata Razak (1956 : Perenggan 12 ) menyatakan ;

" Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa pengantar yang besar, walaupun pekara ini tiada dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur".

Intipati daripada Penyata Razak di atas ialah " bahasa kebangsaan (Melayu) sebagai bahasa pengantar yang besar".

 

 

 

 

 

 

 

SEJARAH PENUBUHAN

Apabila Menteri Pelajaran Tanah Melayu disandang oleh Abdul Rahman Talib, satu laporan pendidikan yang dinamakan Laporan Rahman Talib telah menekankan lagi dengan jelas bahawa sudah sampai masanya sekolah menengah aliran Melayu ditubuhkan.

Atas kesedaran itulah, di antara tahun 1956 hingga tahun 1964 terdapat sepuluh buah Sekolah Menengah Melayu ditubuhkan di Negeri Sembilan. Salah sebuah sekolah yang terulung ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ampuan Durah.

Perkembangan dan kemajuan sekolah menengah Melayu adalah baru. Sekolah Menengah Tunku Ampuan Durah bermula pada bulan Januari 1959 dengan pelajar seramai 77 orang yang menumpang di sekolah menengah aliran Inggeris, iaitu Sekolah Menengah King George V, Jalan Hose ( Jalan Zaaba), Seremban. Semua 77 orang pelajar itu memulakan kelas tingkatan satu dan mereka datang dari sekolah kebangsaaan daerah Seremban dan juga daerah lain. Pada masa itu ada dua bilik darjah dan sembilan orang guru di bawah seorang Penyelia iaitu En. Shaharudin bin Ishak.

 

 

 

 

 

 

 

SEJARAH PERKEMBANGAN

Pada tahun 1960, seramai 84 orang pelajar baru tingkatan satu telah masuk menjadikan jumlah pelajar semuanya seramai 161 orang, iaitu 88 orang lelaki dan 73 orang perempuan. Pada tahun 1961 jumlah pelajar telah meningkat menjadi 243 orang yang terdiri dari1145 pelajar lelaki dan 75 orang pelajar perempuan.

Memandangkan bilangan pelajar telah bertambah, manakala kemudahan bilik darjah amat terhad di Sekolah Menengah KGV, maka pelajar tingkatan dua telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Channer Road ( Sekolah Kebangsaan Seri Kelana, Jalan Dato’ Siamang Gagap), Seremban.

Pada tahun 1961 juga pelajar kumpulan pertama dari sekolah ini telah menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran. Pelajar yang memperolehi keputusan terbaik dihantar melanjutkan pelajaran di tingkatan empat di Sekolah Menengah Alam Shah, Cheras, Kuala Lumpur.

Pada tahun 1966, semua pelajar Sekolah Menengah Melayu menumpang di Sekolah Menengah KGV dan di Sekolah Kebangsaan Channer Road dipindahkan ke bangunannya sendiri iaitu di kilometer 5, Jalan Sikamat, Seremban. Bangunan baru sekolah ini mempunyai dua blok dua tingkat untuk bilik darjah, dua blok asrama ( lelaki dan perempuan), satu blok makmal sains dan sebuah bilik masakan.

Di kawasan seluas 4 hektar, sekolah ini dinamakan Sekolah Menengah Tunku Ampuan Durah mengambil sempena nama DYMM Tunku Ampuan, Negeri Sembilan. Dengan mempunyai bangunan sendiri yang beridentitikan sendiri, banyak kemajuan telah dicapai. Sekolah ini telah dirasmikan pada 29 Mac 1969 oleh DYMM Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Jaafar Ibni Al Marhum Tunku Abdul Rahman DMN.,DK (Brunei).

Pada tahun 1983, sekolah ini telah ditukar namanya kepada Sekolah Tunku Ampuan Durah. Dengan itu, identitinya sebagai sebuah sekolah menengah Melayu telah lenyap.

Sekolah ini memulakan kelas tingkatan enam pada tahun 1969. Inilah julung kali tingkatan enam aliran Melayu di adakan di Negeri Sembilan. Seramai 35 orang pelajar telah diterima masuk. Sembilan orang pelajarnya adalah dari sekolah ini sendiri manakala yang lainnya dari sekolah menengah aliran Melayu dari seluruh Negeri Sembilan. Pada tahun itu juga sekolah ini telah mula menerima pelajar dari negeri Sabah. Seramai 15 orang pelajar Sabah telah diterima belajar dalam tingkatan satu. Pada tahun 1975 telah diwujudkan pula kelas sains tingkatan enam. Seramai 30 orang pelajar telah diterima masuk. Yang sangat membanggakan sekolah ini ialah seramai 13 orang dari kumpulan pertama mengambil peperiksaan HSC/STP jurusan itu telah berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan.

Satu lagi perubahan yang berlaku ialah bermulanya pengambilan pelajar tingkatan peralihan pada tahun 1981. Pelajar-pelajar itu ialah terdiri dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil dari daerah Seremban.

Semasa sekolah ini pindah ke bangunannya sendiri, ditapaknya sekarang ia cuma mempunyai dua blok bangunan dua tingkat yang mengandungi 15 blik darjah, satu blok bangunan setingkat mengandungi 4 bilik makmal sains dan satu bangunan kecil untuk bilik masakan. Pada tahun 1971 ditambah satu lagi blok dua tingkat yang mengandungi 6 bilik darjah, 3 makmal sains dan satu bilik jahitan. Oleh kerana bilangan pelajar semakin meningkat maka satu blok tambahan kepada bangunan tingakatan enam sekarang telah dibina yang dapat menampung sebanyak 45 kelas terdiri dari sesi pagi dan petang.

Selain dari bilik darjah, sebuah surau dua tingkat telah dibina dalam tahun 1982 yang dapat menampung kira-kira 200 orang jemaah.

Pada mulanya sekolah ini tidak mempunyai padang permainan yang sempurna. Pada tahun 1979 tanah seluas 11 ekar sebelah kawasan sekolah ini telah diperoleh dan dijadikan padang sekolah.

Sekolah ini telah menyediakan kemudahan asrama untuk pelajar lelaki dan perempuan. Pada awalnya ada dua blok bangunan dua tingkat untuk pelajar lelaki dan perempuan. Pada tahun 1967 pelajar asrama seramai 64 orang lelaki dan 76 orang perempuan. Bangunan tambahan yang mengandungi dua blok dua tingkat telah siap dibina pada tahun 1984. Pada tahun 1992 asrama dapat menampung seramai 450 orang pelajar lelaki dan perempuan.

Bilangan guru sekolah ini bertambah mengikut perkembangan pelajar.Pada tahun 1959 bilangan guru ialah 9 orang dan pelajar seramai 77 orang. Pada tahun 1967 ada seramai 37 orang guru dan 815 orang pelajar.Pada tahun 1989 bilangan guru dan pelajar meningkat dua kali ganda. Bilangan guru ialah 86 orang dan pelajar 1626 orang. Pada tahun 1991 bilangan meningkat iaitu 104 orang guru dan 1871 orang pelajar.

Kakitangan bukan akademik juga berkembang mengikut perkembangan sekolah. Pada tahun 1968 ada seorang kerani, seorang pembantu pejabat dan dua orang pembantu makmal. Pada tahun 1988 jumlahnya bertambah iaitu seorang Kerani kanan, seorang kerani, dua orang pembantu pejabat, lapan orang pembantu makmal dan tigabelas orang pekerja am.

Sesuai dengan dasar pendidikan negara sekolah ini menyediakan kemudahan kepada pelajar untuk memilih matapelajaran dari kombinasi yang luas. Pelajar tingkatan 4 dan 5 dibenarkan memilih mata pelajaran elektif mengikut pilihan mereka seperti yang disyaratkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Pelajar-pelajar tingkatan 6 juga dibolehkan memilih mata pelajaran mengikut pilihan mereka selaras dengan sistem sijil terbuka STPM. Oleh itu jadual waktu kelas disusun untuk membolehkan pelajar bergerak mengikut pelajaran yang dipilih.

 

 

Dalam bidang kokurikulum berbagai kemudahan disediakan seperti gelanggang bola jaring dan tenis. Kemudahan-kemudahan yang ada membolehkan pelajar memilih berbagai jenis permainan untuk riadah.

Bagi pelajar yang meminati seni mempertahankan diri mereka boleh menyertai kelab taekwando dan seni silat.

 

PENTADBIRAN

Dari tahun 1959 hingga 1997, sekolah ini telah ditadbir oleh 10 orang Pengetua. Pada tahun 1959 hingga 1962 sekolah ini ditadbir oleh Pengetua Sekolah KGV kerana pada masa itu ia menumpang di sekolah tersebut. Seorang guru dari aliran menengah Melayu telah dilantik sebagai Penyelia. Beliau ialah En. Shaharudin bin Ishak. Berikut ialah nama-nama Pengetua sekolah ini dari tahun 1959 hingga 1993 iaitu

En R. Vivekananda (1959 – 1960), En. Tan Seng Chye (1961 – 1962), En. J.S. Henry ( 1963 – 1966), En. Mohd Nor bin Hj. Ibrahim ( 1966 – 1971 ), En. Mokhtar bin Zakaria ( 1971 – 1979 ), Hj. Kaman bin Othman ( 1980 – 1987 ), En. Mohd Taib bin Hussin ( 1987 – 1989 ), Hj. Ahmad bin Janor ( 1989 – 1992 ), Hj. Ramlan bin Hj. Sulaiman ( 1992 – 16.11.95 ), Pn. Kamariah Hj. Sabeh ( 16.11.95 –1998 ), Ybhg. Datin Kamsiah bt Sa'abin (1998 - hingga kini) .

Pentadbiran sekolah ini juga dibantu oleh Lembaga Pengelola yang terdiri dari tiga orang ahli. Nama-nama pengerusinya ialah Dato’ Abdul Jalil bin Hj. Aminuddin (1967 – 1972 ), Tok Muda Wan Ahmad bin Rasdi ( 1973 – 1975 ), Hajjah Maimunah bt. Ibrahim ( 1975 – 1988 ) dan YB Hj. Lilah bin Hj. Yassin

( 1989 - ).

 

 

 

 

 

PIBG

PIBG berkembang selari dengan pembangunan serta mengambil peranan langsung kurikilum dan kurikulum sekolah ini. PIBG memberi sumbangan yang besar dalam projek seperti pengendalian kelas bimbingan, pembinaan surau dan sukan sekolah.

PIBG juga turut memainkan peranan semasa penukaran nama sekolah kepada Sekolah Tunku Ampuan Durah dan memohon izin melantik DYMM Tunku Ampuan Durah sebagi penaung.

Antara nama-nama Pengerusi PIBG sekolah ini adalah seperti Hj. Sharif bin Taib PJK, Idrus bin Yassin, Hj. Alias bin Ali, En. Aiziz bin Mohamad, En. Abd. Yusof bin Razak, Tuan Hj. Abdullah b. Awang Embun.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

AKADEMIK

Keputusan peperiksaan SRP, SPM dan STPM menunjukkan prestasi yang memuaskan.

Keputusan peperiksaan STPM menunjukkan prestasi yang memuaskan. Pada tahun 1975 sekolah ini mencapai keputusan STP/HSC yang sangat baik, iaitu 61.5 % daripada calonnya memperolehi kelulusan Sijil Penuh. Pada tahun 1987 dua orang pelajar memperolehi 4A lulus penuh mata pelajaran STPM. Pada tahun 1990, sekolah ini mencatat sejarah kerana 3 orang pelajar memperolehi 5A dalam peperiksaan STPM. Pada tahun 1996 sekolah ini mencapai keputusan PMR yang memuaskan iaitu 93.5%, SPM 72.8% dan STPM seramai 142 calon mendapat 5 P daripada 246 calon.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KO-KURIKULUM

Objektif utama aktiviti kokurikulum sekolah ini ialah menggalakkan penyertaan dan penglibatan pelajar secara positif dan aktif di samping mendisiplinkan diri serta menjadi rangsangan ke arah peningkatan pencapaian fizikal dan mental. Berdasarkan objektif ini maka sekolah ini sentiasa mengambil berat tentang kokurikulum. Berbagai persatuan dan kelab akademik / bukan akademik, badan beruniform dan sukan / permainan telah ditubuhkan.

Kejayaan utama aktiviti kokurikulum sekolah ini ialah menggalakkan penyertaan dan penglibatan pelajar secara positif dan aktif disamping mendisiplinkan diri serta menjadi rangsangan ke arah peningkatan pencapaian fizikal dan mental. Berdasarkan objektif ini maka sekolah ini sentiasa mengambil berat tentang kokurikulum. Berbagai persatuan dan kelab akademik, badan beruniform dan sukan / permainan telah ditubuhkan.

Kejayaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah sangat memuaskan. Pada tahun 1990 Persatuan Ekonomi berjaya menjadi Naib Johan dalam pertandingan Kuiz Ekonomi Kebangsaan anjuran Fakulti Ekonomi Universiti Malaya. Pada tahun 1991 menjadi Johan peringkat Negeri dalam Pertandingan Kuiz Sejarah anjuran Persatuan Sejarah Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan. Dalam tahun 1992 STAD menjuarai ‘ Forum Remaja’ peringkat Negeri.

 

 

Bola Sepak: Johan Negeri 1999

 

 

Latihan bersistematik menghasilkan kejayaan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jurulatih berpengalaman antara faktor kejayaan

 

 

 

Pasukan Tarian - Pelajar Pendidikan Khas STAD 1999

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dalam bidang olahraga dan permainan beberapa orang pelajar telah berjaya mengharumkan nama sekolah, negeri dan negara. Kenny Martin dipilih untuk mewakili negara di Sukan SEA, Wan Ramli Sharipolazaman telah dipilih untuk menyertai sukan MSSSM dan SUKMA. Beliau memperolehi pingat emas dalam acara larian.

 

KOPERASI

Pelajar-pelajar juga digalakkan berkoperasi. Pada 18 Jun 1970, koperasi sekolah telah ditubuhkan. Pada peringkat awalnya modal disumbangkan oleh beberapa orang pelajar yang berminat menjadi ahli. Pada tahun 1981 semua pelajar telah menjadi ahli dan membeli 5 unit saham seorang yang berharga RM 1.00 tiap-tiap satu unit. Pada tahun 1987, setiap orang pelajar membeli 10 unit saham pada harga yang sama. Ini menjadikan koperasi bertambah kukuh dan maju.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

TOKOH STAD

Sekolah Tunku Ampuan Durah berjaya melahirkan tokoh dalam berbagai bidang contohnya dalam politik STAD melahirkan seorang pemimpin iaitu YB Hj. Lilah b. Yassin, ahli Exco Negeri Sembilan. Dalam bidang seni melahirkan Ahmad Tarmimi Siregar seorang personaliti TV yang terkenal.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PENUTUP

Sekolah Tunku Ampuan Durah adalah salah sebuah sekolah menengah Melayu yang terulung di Negeri Sembilan Darul Khusus. Ia telah melalui satu sejarah perkembangan yang menarik. Dari sebuah sekolah yang menumpang, kini mempunyai bangunannya sendiri yang menyediakan berbagai kemudahan untuk pelajarnya. Perkembanganini adalah hasil inisiatif para pentadbir sekolah yang mendapat kejasama dari semua pihak. Konsep kecemerlangan dan kekeluargaan dalam STAD sentiasa diamalkan di kalangan warga sekolah ini.

Dalam jangkamasa antara tahun 1959 dan 1997 kesinambungan tradisi sekolah terus dikekalkan dan diperluaskan sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Semoga sekolah ini terus maju memenuhi aspirasi rakyat dan negara.